Sunday, September 13, 2009

Halangan-halangan Penggunaan Kata Ganti Diri I dan II

Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN

KATA ganti nama dikenal sebagai bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti nama. Kata ganti ini terbahagi kepada kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk, dan kata ganti tak tentu. Contoh-contoh kata ganti nama tersebut adalah seperti yang berikut:

Kata ganti diri: saya, awak, dia

Kata ganti tanya: apa, siapa, mana

Kata ganti tempat: sana, sini, situ

Kata ganti tunjuk: ini, itu

Kata ganti tak tentu: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana

Sama ada kita sedar atau tidak, bahawa kata ganti nama diri merupakan kata ganti yang banyak larangan ketika menggunakannya. Larangan ini memandu kita memilih kata ganti diri itu yang betul lagi tepat, kerana ketidaktepatan penggunaan kata ganti nama diri itu, bukan sahaja menyalahi hukum tatabahasa, bahkan menyalahi norma-norma kesantunan bahasa pula.

Kata aku, misalnya, tidak manis serta kurang sopan digunakan apabila kita bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan kita, atau seseorang yang lebih tua, atau seseorang yang perlu kita hormati. Kepada mereka ini, kata saya dianggap cukup neutral dan paling sesuai; dan jika dengan golongan raja, kata ganti diri patik pula lebih cocok daripada kata saya.

Kami ialah satu lagi kata ganti diri yang kerap salah digunakan pada masa berkomunikasi. Kata kami digunakan apabila kita bercakap dengan orang yang kedua. Namun, orang yang diajak bercakap (pihak yang ketiga) tidak disertakan. Sebaliknya, jika orang yang diajak bercakap itu disertakan, maka kata ganti diri kita, bukan kami paling tepat lagi sesuai.

Kata ganti nama daku mudah dikesan kesalahan penggunaannya dalam lirik atau seni kata lagu. Harus diingat, kata daku hanya boleh digunakan sesudah kata yang diakhiri huruf konsonan “n”. Demikian itulah peraturannya. Dengan demikian, jika kata sebelum daku bukan huruf “n”, gunakan sahaja kata aku. Perhatikan kesalahan penggunaan daku dalam ayat yang berikut:

1. *Dia memanggil daku dengan suara yang lantang.

Seharusnya: Dia memanggil aku dengan suara yang lantang.

Bentuk penggunaan kata daku yang betul seperti dalam ayat contoh 2 dan 3 yang berikut:

2. Dia meninggalkan daku bersendirian dalam kesejukan yang mencengkam tulang.

3. Masih cintakah engkau akan daku?

Selain itu, daku juga tidak boleh digunakan sebagai subjek atau predikat

ayat. Ayat-ayat contoh yang berikut ini dianggap salah tatabahasanya:


4. *Daku / sanggup menemanimu ke pesta muda mudi itu.

(daku sebagai subjek ayat)

5. *Dakulah / yang menemaninya pada malam itu.

(daku sebagai predikat ayat)

Oleh sebab kata daku tidak boleh berfungsi sebagai subjek dan predikat ayat, maka kata daku harus digantikan dengan kata aku, seperti ayat contoh 4 (a) dan 5 (a).

4. (a) Aku / sanggup menemanimu ke pesta muda mudi itu.

5. (a) Akulah / yang menemaninya pada malam itu.

Bagaimana dengan penggunaan kata ganti diri kedua pula? Seperti halnya dengan kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua juga mempunyai beberapa larangan dalam penggunaannya. Kata awak, engkau (kau), kamu dan anda tidak boleh digunakan untuk orang yang dihormati, atau orang yang lebih tua usianya. Oleh itu, wajarlah kita menggunakan kata panggilan menurut pangkat kekeluargaan, seperti kakak, abang, pak cik, mak cik; atau nama gelaran, iaitu Encik, Datuk (Dato’), Tuan Haji, Datuk Seri, Tan Sri, Datin, dan lain-lain seumpamanya.

Kata dikau ialah padanan kepada kata ganti diri pertama daku. Seperti juga halnya dengan daku, kata dikau tidak boleh digunakan sesudah kata yang tidak berakhir dengan huruf konsonan “n”. Jadi, gantikan sahaja kata dikau dengan kata engkau atau kamu supaya betul penggunaan kata ganti diri ini. Contohnya:

6. Sayangku! *Daku ucapkan selamat berbahagia kepada dikau!

Seharusnya: Sayangku! Aku ucapkan selamat berbahagia kepadamu (kamu)!

Kata ganti diri kedua anda dapat digunakan untuk maksud tunggal dan jamak. Kata ini digunakan untuk diri orang yang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, dan dengan orang yang sebaya. Jika seseorang yang dihormati oleh status dan usianya, kata anda sungguh tidak sesuai untuknya.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan, mengapakah kata ganti diri aku dan engkau (kau) digunakan apabila kita berdoa kepada Tuhan? Penggunaan aku dan engkau (kau) kepada Tuhan menunjukkan dekatnya kita dengan Tuhan seolah-olah tiada batas antara kita dengan Tuhan yang dapat menghalang permintaan kita dalam doa kepada-Nya.

Begitulah beberapa larangan yang juga berupa peraturan penggunaan beberapa kata ganti diri pertama dan kedua dalam berbahasa. Larangan merupakan peraturan yang dapat memandu kita menggunakan kata ganti diri dengan tepat lagi betul.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :
Kata Laluan :
> Daftar Keahlian > Lupa Kata Laluan
> Soalan Lazim (FAQ) [ Hotline : 03 - 7955 5577 ]


IKLAN@TUTOR

Wednesday, August 19, 2009

Puasa

Fadilat Puasa
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

Saturday, August 8, 2009

Friday, July 31, 2009

FAKTA TENTANG VIRUS SELSEMA BABI

APA ITU SELSEMA BABI?

Selsema babi adalah penyakit pernafasan babi yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia.Walaubagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.

Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kes jangkitan yang baru, virus ’strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahan dengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA BABI?
Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan babi.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari babi adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA BABI INI BERJANGKIT?
Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudahnya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA BABI?
Tanda-tanda selsema babi pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit dan muntah-muntah dikaitkan dengan selsema babi.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema babi di kalangan manusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema babi boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA BABI MEREBAK
Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah seperti mana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA BABI BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yang secukupnya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA BABI?
Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema babi ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simtom-simtom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
Seseorang yang dijangkiti virus selsema babi sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI?
Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema babi.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema babi.

Thursday, July 30, 2009

Merdeka

AlFatihah

AlFatihah dan Takziah
Buat keluarga En Rahmat bin Puasa , Pegawai Khas Menengah PPD Kota Tinggi yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat OlehNya.

Friday, July 24, 2009

Sunday, July 12, 2009

Peperiksaan Setara Daerah 11

Tarikh : 14 Julai 2009 - 17 Julai 2009
Semua murid diharap bersedia untuk peperiksaan tersebut.

Friday, July 10, 2009

Kursus Peningkatan Budaya Kerja Cemerlang

Tarikh : 11 Julai 2009
Tempat : Bilik Tayang , SK Bandar
Masa : 8.00 - 4.00 petang
Penceramah : En Roslan bin Mohamad Noh , Unit Kaunseling PPDKT

Tuesday, July 7, 2009

Sunday, July 5, 2009

Laman web 1 Malaysia


Laman web 1Malaysia


Thursday, July 2, 2009

Portal rasmi influenza A
sila klik imej di bawah

Thursday, June 25, 2009

Hari Terbuka

Tarikh : 27 Jun 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.30 pm

Ibu bapa / penjaga di jemput hadir

Pameran Doktor Muda 2009

Tarikh : 25 Jun 2009
Tempat : SMK Seri Aman
Keputusan : Johan





Tahniah dan syabas!!

Sunday, June 14, 2009

Saturday, June 13, 2009

Tuesday, June 9, 2009

Kursus LDP Guru

Tarikh : 1 Jun 2009
Masa : 8.00- 4.00 pm
Tajuk : Peningkatan Kualiti Budaya Kerja
Penceramah : Tn Hj Syed Othman bin Syed Nong
Tempat : Bilik Tayang
Objektif : Memahami cara meningkatkan kualiti kerja dalam perkhidmatan







Tarikh : 2 Jun 2009
Masa : 8.00 - 4.00 pm
Tajuk : Kajian Tindakan
Penceramah : En Yusaine Mohd Yusof
Tempat : Makmal Komputer Ibnu Sina
Objektif : Memahami prosedur pelaksanaan menyediakan kajian tindakan yang betul .





Kursus Kecemerlangan UPSR

Tarikh : 1 Jun 2009
Lokasi : Dewan SK Bandar
Objektif : Murid-murid Tahun 6 dapat memahami teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR





Peperiksaan PKSR 1

Keputusan pencapaian Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 2009

Tahun 6
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahas Inggeris
Sains
Matematik

Tahun 5
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahas Inggeris
Sains
Matematik

Tahun 4
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahas Inggeris
Sains
Matematik

Tahun 3
Bahasa Melayu
Bahas Inggeris
Sains
Matematik

Tahun 2
Bahasa Melayu
Bahas Inggeris
Sains
Matematik

Tahun 1
Bahasa Melayu
Bahas Inggeris
Sains
Matematik



Tahniah dan syabas!!

Sambutan Hari Guru 2009

Tarikh : 18 Mei 2009
Lokasi : Dewan dan pekarangan terbuka
Anjuran : KWP SK Bandar
Objektif : Mengenang jasa guru yang dah penat berkerja ...



















Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Baca lagi ...

Majlis Sambutan Maulidrasul 2009

Tarikh :
Lokasi : Dewan SK Bandar
Objektif : Memupuk kesedaran dan memperingati kelahiran dan kebesaran Nabi Muhamad SAW .
Penceramah :









Pertandingan Kawad Kaki peringkat Negeri

Tarikh :
Lokasi : SK Taman Perling 2, Johor Bahru
Pasukan : TKRS Lelaki
Keputusan Terbaik : Hadiah Saguhati / Sijil

Tarikh :
Lokasi : SM Bandar Tenggara, Segamat
Pasukan : TKRS Perempuan
Keputusan Terbaik : Hadiah Saguhati / Sijil





Pertandingan Kawad Kaki

Tarikh :
Lokasi : SK Taman Kota Jaya
Keputusan Terbaik : Johan KRS Lelaki dan Perempuan - mewakili Kota Tinggi ke peringkat Negeri



Program Anti Dadah

Tarikh : April- Mei
Tempat : SK Bandar
Objektif : Murid dapat memahami bahaya penyalahgunaan dadah dan merokok.
Program : Pameran , Ceramah Anti Dadah, Pertandingan Poster , Mewarna dan Kuiz



Pencegahan Anti Dadah

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

Maklumat lanjut boleh di perolehi disini

Kempen Keselamatan Jalanraya

Tarikh : April 2009
Objektif : Murid dapat memahami keperluan untuk menjaga keselamatan diri sewaktu berada dijalan raya .
Program yang dijalankan : Pameran , Ceramah Kempen Keselamatan Jalaraya , Kuiz , Teka Silangkata, pertandingan melukis dan mewarna .
Sasaran : Semua murid SK Bandar.







Permainan lain boleh klik disini

Pertandingan Kompang

Tarikh : April 2009
Tempat : SMK Laksamana
Keputusan Terbaik : Mewakili daerah ke pertandingan peringkat Negeri Johor

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah

Tarikh :
Tempat : SJK ( C ) New Kota
Keputusan Terbaik : Johan Peringkat Daerah / Seorang peserta mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan